Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.

Thursday, January 3, 2013

5 Sebab Vitamin Anda Tidak Berkesan

5 SEBAB VITAMIN YANG ANDA MAKAN TIDAK BERKESAN 

1. Tak suka minum Air Putih
Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Pengambilan vitamin perlu disertai dengan meminum banyak air kosong supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

 2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Pastikan anda mengambil vitamin dengan berdisiplin mengikut masa yang paling sesuai iaitu berlainan bagi setiap vitamin. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 

 3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan caffeine dalam diet harian. 
Sebenarnya pengambilan caffeine boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang mempunyai caffeine yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan caffeine secara berterusan. 

5. Makan Vitamin Tanpa Imu Yang Betul
Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama. 

Contohnya:
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 
b)Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 
c)Alfalfa & Vitamin AntiOksida tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Untuk menampakkan kesan yang memuaskan, pengambilan vitamin perlulah dilakukan secara istiqamah selama 3 bulan. Berilah masa untuk badan anda menyesuaikan diri dan merawat dalaman dan luaran. Jangan gopoh mahu kesan yang cepat dan segera lalu membahayakan kesihatan anda dengan risiko dalam jangka masa panjang. Selamat sihat dan cantik dengan Shaklee :) InsyaAllah

No comments:

Post a Comment