Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.

Monday, December 31, 2012

Breastfeeding Set Shaklee


BREASTFEEDING SET Shaklee mengandungi VitaLea, Bcomplex, Alfalfa, ESP, Osteomatrix 
♥ Available in full set or trial set.

1. Vitalea - Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

2. B Complex - B Complex mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik. Ibu menyusu memerlukan vitamin B mengurangkan stress, untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga dan menghasilkan susu dgn baik. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Vitamin B juga membantu menjadikan muka lebih tidak kusam dan segar.

3. Alfalfa - Alfalfa ialah milk booster yang menggalakkan penghasilan susu. Alfalfa membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Juga membantu perkumuhan agar lebih lawas dan membuang angin dalam badan.Dengan ini, bayi susah nak kembung.Lagi byk ambil Alfalfa lagi byk kena minum air sebab ianya herba.

4. Energizing Soy Protein (ESP) - Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5. Osteomatrix - Mengganti semula kalsium dalam badan ibu setelah zat diberikan pada bayi. Kekurangan kalsium menyebabkan ibu menghadapi masalah pada gigi dan tulang,risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka cepat menampakkan garisan tua di hari tua.

Are you having enough of Vitamin E in your daily diet?

Vitamin E-Complex with Selenium and Grape Seed Extract.

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup? 

Untuk 400IU Vitamin E,seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower. 8kg bayam, 500g badam. Good news for u, 1 capsule mengandungi 400IU vitamin E! Ha. Perfect!

Manfaat utama Vitamin E: menghilangkan parut, mencantikan struktur kulit, melindungi jantung, mempertingkatkan kemampuan reproduktif, anti-penuaan, anti-oksidan yang kuat, memperbaiki arthritis.

Friday, December 28, 2012

Set F Shaklee untuk suami isteri

Set F Shaklee : Khas untuk wanita dan pasangan suami isteri
Available in both full set or trial set.
 ♥ Alfalfa Complex + Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract ♥

1. Alfalfa Complex : Baik untuk kesihatan dalaman wanita, perapat, melancarkan haid, atasi keputihan, mengurangkan sakit-sakit sendi dan banyak lagi.

2. Vitamin E Complex: anti oksida untuk kulit cantik, anti penuaan, memperbaiki otot, baik untuk jantung. For men - Increase sperm motility, increase sperm count and increase sex drive. Can refer here for more info .

Vitamin untuk keguguran rambut

Walaupun dah tukar macam2 jenis shampu dan sapu macam2 jenis minyak tapi rambut tetap gugur dan berkelemumur. Why not try taking supplement to start healing process from the core. Rawati masalah ni dgn ambil supplement yg boleh merawat dari dalam, so tak sia-sia kalau pakai shampu mahal dan berkualiti sebab masalah dalaman dah rawat. :)

First, kita tengok makanan yang mencegah keguguran rambut. (sumber)

1. Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2. Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5. Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

8. Kunyit dan jintan
Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Makanan yang disenaraikan ni kita makan dan minum tapi kenapa masih mengalami masalah keguguran rambut. Ini kerana ketidakseimbangan gizi makanan harian kita yang menyebabkan kekurangan vitamin yang diperlukan dari diet seharian kita. Tambah dengan cuaca dan tekanan hidup dan kerja, memang menyumbang pada masalah keguguran rambut.

Berita baik untuk semua, ada beberapa supplementary vitamins dari Shaklee yang boleh membantu merawat masalah ini. Apa fungsi setiap vitamin ini?



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Sebahagian besar rambut terdiri daripada protein.ESP penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat,bina sel n baiki sel,kulit maka secara tak langsung,kulit kepala akan menjadi sihat.

2. Zinc Complex
Zinc sangat penting dalam kesihatan rambut kerana sebahagian jumlah Zinc dalam badan anda berada di dalam folikel rambut. Zink  membantu menguatkan kutikel rambut. Zinc turut digunakan untuk pencernaan penglihatan, ingatan, bau dan rasa, dan lain-lain. Jika badan anda mempunyai kekurangan Zink, badan anda akan pertama sekali mengambil Zinc yang terdapat di folikel rambut untuk memastikan kelangsungan Zinc untuk proses biologi yang lebih penting. Selain itu, Zinc juga memainkan satu lagi peranan penting yang berkaitan dengan kehilangan rambut. Ia membantu mengawal hormon tertentu, dan terdapat kaitan penting antara hormon dan keguguran rambut. Kehadiran Zinc membantu untuk menstabilkan kedua-duanya dan menghalang rambut dari keguguran teruk.

3. B Complex
Vitamin B Complex amat membantu dalam masalah rambut gugur.B Complex yang diperlukan oleh badan ada 8 jenis dan 5 daripadanya adalah untuk rambut:
-Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.
-Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur
-Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban
-Vitamin B12(Sianokobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
- Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban

Thursday, December 27, 2012

Healing Crisis

Sy akan get back to customer dan ambil tahu feedback setelah mereka mengambil Vitamin Shaklee. Ada yg positif, Alhamdulillah. Walaubagaimanpun, ada customer yang mengalami simptom2 seperti pening-pening, lapar, letih atau naik jerawat apabila makan vitamin Shaklee. Jadi sy nak jelaskan beberapa perkara di sini :)

PENJELASAN : Simptom2 ini dinamakan Healing Crisis. Ia merupakan TINDAKBALAS SEMULAJADI BADAN hasil daripada pengambilan suplemen yang baru diamalkan tadi.Sila bertenang dan jangannn panic. Apa yang anda alami buan bermaksud anda tak sesuai dengan Shaklee atau sebarang supplement lain, tetapi badan anda sedang mengalami proses menyahtoksin atau menyingkirkan toksin yang telah bertahun-tahun dikumpul tanpa sedar di dalam badan anda secara perlahan-lahan.

CARA ATASI : Untuk mengatasi masalah ni, mudah sahaja. Anda hanya perlu TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR sekurang-kurangnya 2-3 liter atau lebih sehari. Untuk mendapat kesan yang optimum daripada pengambilan supplement Shaklee ini, pengambilan air sebanyak minimum 2-3 liter adalah diperlukan bagi membantu badan kita menyerap nutrien daripada supplement tersebut dengan lebih baik. Bila nutrien diserap dengan baik, baru kita dapat lihat faedah dan hasil pengambilan supplement tersebut. Jadi takperlu lah berhenti pengambilan. Cuba tingkatkan pengambilan air, dan lihat perubahannya.

Sabar, istiqamah, doa dan sihat ♥ Stay positive!


Saturday, December 22, 2012



Testimoni sendiri. Haha. Korek2 album lama and found this. Kim mmg ada masalah asthma + eczema. Dr cakap penyakit ni akan rotate. Bila asyik kena serang asthma, Kim takde kena eczema. Bila kulit gatal2, asthma takde pula. Camtu. So on and off lah kena eczema. Bila eczema dtg, jerawat akan tumbuh byk dan parut tamaw hilang.Dekat badan jgn cakap lah kan. Oh ya, buat org yg ada eczema ni, Kim nasihatkan pakai sabun Dove sahaja. Jangan pakai sabun lain. Dia lembut on skin, so reduce potential irritation. Macam2 pencuci muka dah cuba. Ubat cina yg tulisan cina pun Kim telan, sbb tak tahan gatal. Smpai bernanah pun ada. Bila nk upload gambar, mmg guna photoshop, edit buang parut. Haha. Now tayah edit2 dah. Kulit makin sihat. Kim constantly ambil Set Kecantikan + ESP + Alfalfa. Sebenarnya, niat Kim lebih kepada nak sihat. Tamaw dah kena serang asthma, eczema. Setakat ni Alhamdulillah, tak kena dah dua2 ni. Doa byk2 sgt pd Allah agar kesihatan lebih baik. Bila dalaman sihat, kulit luaran pun makin cantik. Tengok gambar dulu2, semua polka dot. Ada je tompok2 hitam bekas jerawat. Alhamdulillah, memang suka dan selesa sangat dengan Shaklee. I hope by selling Shaklee I can help others too. Kim faham sgt cemana stress masalah kulit. Allah nak uji kita dengan penyakit atau kesakitan. Kita kena sabar, ikhtiar dan berdoa padaNya. :)

Thursday, December 20, 2012

Jeragat dan jerawat hilang dengan Vitamin E

Alhamdulillah. Happy sgt dapat feedback positive from my sweet customer. She bought Vitamin E-Complex for her mom. Selepas 3 minggu, nampak perubahan yang ketara pada kulit ibu dia. Takde lagi jeragat dan jerawat. :') Syukur. Vitamin E-Complex Shaklee is the best! ♥



Wednesday, December 19, 2012

Set Kecantikan

Set Kecantikan for those with LOW budget!
Available in full set or trial pack :D

Fungsi Vitamin E: mengecilkan pori-pori wajah,memperlahan proses penuaan kulit, mengawal kolesterol, menghilangkan parut, mencerahkan wajah,meningkatkan kelembapan kulit. Memang best sgt vitamin E ni! :D

Fungsi Vitamin B Complex: vitamin wajib untuk kecantikan kulit! Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin,bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering,atasi kelesuan.Vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.


Saturday, December 15, 2012

Collagen Powder Shaklee

PROMOTION HEBAT!



Am so excited dengar testimonial dari kawan-kawan yang sudah mencuba Collagen Powder Shaklee. Yes, mahal sikit tapi hasil memang terbaikkkk. For December, the price is unbelievable low and affordable for all.
January nanti harga dah lain keh. Back to normal.

Shaklee Collagen Powder ni mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. Kolagen ini sangat berkualiti tinggi dan tulen. Ia diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee bermolekul sangat lah ringan, iaitu kira-kira 1,000 Dalton* dapat diserap dengan mudah oleh badan. Sebab tu kesan dia sangat sangat cepat. Proses sintesis kolagen akan meningkat dengan lebih berkesan.

7 bahan utama Collagen Powder Shaklee:
1. Ekstrak biji benih Camelia Japonica
2. Ekstrak Pfaffia
3. Kolagen ikan
4. Ekstrak kerang-kerangan
5. Lactobacillus acidophilus
6. Vitamin C
7. Vitamin B

Gabungan 7 bahan ini yang menjamin keberkesanan kolagen Shaklee dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minum dan makanan kegemaran anda.

Tuesday, December 4, 2012

Testimonial Vitamin E-Complex from my girlfriend!

This is a confession made by my bestfriend after taking Vit E Complex for a week. 
*drumroll*
 Tadaaaaa! 
Am so happy for you Mekti! Pasni try vit C pula. Will be restocked in mid-Dec. 
Yay!

Monday, December 3, 2012

Herb-Lax


Herb-Lax Shaklee:
1. Berfungsi secara efektif dan lembut dalam membersihkan usus.
2. Mengandungi 9 jenis herba.
3. Disarankan mengamalkan sebelum mengambil supplement lain.
4. Disarankan mengambil pada waktu malam.
5. Fungsi usus ialah menyerap dan ia menyerap semua nutrien dan juga toksin. Maka, dengan mengekalkan kebersihan dan kesihatan usus, badan kita akan terlindung dari kesan buruk toksin.

Fungsi Herb-Lax Shaklee:
1. Membantu mencuci usus
2. Menyahtoksin badan anda
3. Membantu proses semulajadi badan
4. Membantu penyerapan nutrien dalam badan

Antara masalah yang boleh timbul kesan dari usus besar yang bermasalah ialah:
1. Sembelit 
2. Cirit-birit
3. Kerap sakit kepala
4. Lemah daya tumpuan dan ingatan
5. Sukar kawal emosi
6. Tidur kurang nyenyak
7. Masalah kulit - ruam, eczema, jerawat, bisul
8. Muka pucat dan kusam
9. Sakit sendi
10. Senang jatuh sakit
11. Tahap tenaga rendah
12. Badan dan nafas berbau
13. Masalah ketidakhadaman dan gas berlebihan dalam perut
14. Kembung dan senak perut
15. Buasir
16. Urat timbul dan bengkak

Cara pengambilan Herb-Lax:
1. Dicadangkan makan pada hujung minggu agar senang ke tandas. Tak ganggu semasa hari bekerja. :)
2. Ambil 4 biji seminggu sekali atau 2 kali. Sebotol ada 120 biji. So boleh tahan sampai 6 bulan.


Sunday, December 2, 2012

Lecithin







Khasiat pengambilan Lecithin secara istiqamah. Hehe. Ini bukan magic ye seperti makan seminggu turun 14 kg. Lecithin ni kita makan selepas makan dan pengambilan lecithin ternyata akan lebih berkesan kalau kita jaga makan dan bersenam untuk gaya hidup sihat. Lecithin dinamakan 'pengelmusi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Lecithin boleh menghalang lemak dari melekat pada dinding membran.


So, stay slimmmm always with Lecithin :)



Lagi tentang Lecithin Shaklee:

1. membantu melarutkan kolesterol dan lemah

2. mencegah penyakit seperti darah tinggi, strok, sakit jantung dll

3. mampu membakar lemak lebih cepat apabila kita bersenam!

4. membantu penyerapan zat dari saluran darah ke dalam sel badan dengan lebih efisyen.

5. mengurangkan atau mencegah penyakit yang berkaitan dengan hati.

6. membantu menguatkan sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan melindungnya dari  serangan virus.

7. merupakan makanan otak dan saraf. ia membantu sistem daya ingatan badan dalam mengurangkan atau mencegah nyanyuk dan Alzheimer.

8. dapat menggalakkan proses tidur di mana kekurangan lecithin adalah punca insomnia.

9. bagi yang mempunyai alergi, asma, bronkitis and emphysema, lecithin adalah asid lemak penting dalam penjagaan paru-paru. lecithin berupaya mencairkan mukus dan mencegah iritasi.

10.bertindak sebagai pelincir sendi-sendi dan menjaga tisu buah pinggang.

11.lecithin juga penting untuk proses penghasilan rambut yang sihat dan kulit yang cantik.

12.bertindak menghasilkan pelbagai hormon seperti epinephrine. Ianya amat baik dalam mengurangkan atau mencegah pms dan gejala menopause.

Best kannnnnnn? :))


Keistimewaan B Complex


B Complex Shaklee adalah istimewa berbanding produk lain kerana:

1. Kandungan Vitamin B Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh kita.
    - B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7 (Biotin), B9 (Folic Acid), B12

2. Mempunyai 100% Biotin (vitamin B7)
    - Biotin ni mahal. Kebanyakkan manufacturer kurangkan kuantiti biotin.Biotin sangat sesuai bagi yang   
      mahukan kuku dan rambut yang sihat.
     
3. Antara lain fungsi B Complex adalah:
      a) penting untuk metabolisme karbohidrat, protein dan lemak
      b) pembentukan hormon
      c) membantu mengekalkan kesihatan rambut- cegah split hair dan kebotakan
      d) mencegah penyakit radang kulit
      e) penting untuk pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak dan metabolisme lemak & asid amino.
      f) membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah.

       Untuk bacaan lanjut boleh rujuk di sini :)