Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.
Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Vitamins for Mommy


Ramai yang keliru tentang vitamin yang patut diambil semasa, sedang dan selepas mengandung. Di gambar ini, Kim ringkaskan vitamin Shaklee buat para Ibu untuk menjamin kesihatan sebelum dan selepas melahirkan bayi.

1. Vitalea - Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi ni mempunyai peranan dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Bukan sahaja luaran tapi juga luka dalaman, tidak kiralah bersalin normal atau caesarean. 

2. B Complex - B Complex mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik. Ibu menyusu memerlukan vitamin B mengurangkan stress, untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga dan menghasilkan susu dgn baik. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Vitamin B juga membantu menjadikan muka lebih tidak kusam dan segar. 

3. Alfalfa - Alfalfa ialah milk booster yang menggalakkan penghasilan susu. Alfalfa membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Juga membantu perkumuhan agar lebih lawas dan membuang angin dalam badan.Dengan ini, bayi susah nak kembung.Lagi byk ambil Alfalfa lagi byk kena minum air sebab ianya herba.

4. Energizing Soy Protein (ESP) - Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. 

5. Osteomatrix - Mengganti semula kalsium dalam badan ibu setelah zat diberikan pada bayi. Kekurangan kalsium menyebabkan ibu menghadapi masalah pada gigi dan tulang,risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka cepat menampakkan garisan tua di hari tua. 

6. Zinc Complex -Zinc berupaya mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh badan kita. Ia mempunyai kebolehan untuk menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya meransangkan sel. Ini juga menyebabkan zinc membantu dalam meningkatkan imun sistem dan masalah rambut gugur.Zinc juga turut membantu dalam pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya, membantu pembentukkan kalogen, mengekalkan fungsi insulin. 

7. Omegaguard- Omega 3 penting dalam perkembangan,pertumbuhan otak dan mata bayi. Untuk kesan jangka masa panjang, Omega 3 dapat melindungi anda dari sakit jantung dan arthritis. DHA yg terdapat dalam Omegaguard juga penting untuk otak, mata dan penglihatan bayi terutama sekali dalam trimester terakhir. Bagi ibu yang menyusu pula sangat digalakkan mengambil omega kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan secara langsung memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.

Friday, December 28, 2012

Vitamin untuk keguguran rambut

Walaupun dah tukar macam2 jenis shampu dan sapu macam2 jenis minyak tapi rambut tetap gugur dan berkelemumur. Why not try taking supplement to start healing process from the core. Rawati masalah ni dgn ambil supplement yg boleh merawat dari dalam, so tak sia-sia kalau pakai shampu mahal dan berkualiti sebab masalah dalaman dah rawat. :)

First, kita tengok makanan yang mencegah keguguran rambut. (sumber)

1. Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2. Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5. Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

8. Kunyit dan jintan
Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Makanan yang disenaraikan ni kita makan dan minum tapi kenapa masih mengalami masalah keguguran rambut. Ini kerana ketidakseimbangan gizi makanan harian kita yang menyebabkan kekurangan vitamin yang diperlukan dari diet seharian kita. Tambah dengan cuaca dan tekanan hidup dan kerja, memang menyumbang pada masalah keguguran rambut.

Berita baik untuk semua, ada beberapa supplementary vitamins dari Shaklee yang boleh membantu merawat masalah ini. Apa fungsi setiap vitamin ini?



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Sebahagian besar rambut terdiri daripada protein.ESP penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat,bina sel n baiki sel,kulit maka secara tak langsung,kulit kepala akan menjadi sihat.

2. Zinc Complex
Zinc sangat penting dalam kesihatan rambut kerana sebahagian jumlah Zinc dalam badan anda berada di dalam folikel rambut. Zink  membantu menguatkan kutikel rambut. Zinc turut digunakan untuk pencernaan penglihatan, ingatan, bau dan rasa, dan lain-lain. Jika badan anda mempunyai kekurangan Zink, badan anda akan pertama sekali mengambil Zinc yang terdapat di folikel rambut untuk memastikan kelangsungan Zinc untuk proses biologi yang lebih penting. Selain itu, Zinc juga memainkan satu lagi peranan penting yang berkaitan dengan kehilangan rambut. Ia membantu mengawal hormon tertentu, dan terdapat kaitan penting antara hormon dan keguguran rambut. Kehadiran Zinc membantu untuk menstabilkan kedua-duanya dan menghalang rambut dari keguguran teruk.

3. B Complex
Vitamin B Complex amat membantu dalam masalah rambut gugur.B Complex yang diperlukan oleh badan ada 8 jenis dan 5 daripadanya adalah untuk rambut:
-Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.
-Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur
-Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban
-Vitamin B12(Sianokobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
- Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban