Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.
Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Khasiat ESP

Kenapa Energizing Soy Protein ESP ada dalam semua set? Pregnancy set, confinement set, breastfeeding set, beauty set, hair loss set, slimming set , dll?

Sebab protein adalah asas bagi badan. Struktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan yg penting, protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel2 lama.


Dapatkan ESP dengan harga yang best dari Kim dengan FREE consultation berkaitan masalah anda dan supplement yang sesuai juga FREE postage. Jom simpan ESP satu kat umah. For u and family :)

Wednesday, January 16, 2013

Flawless skin with ESP

Alhamdulillah. A testimonial from my customer. Ramai puji kulit dia makin flawless after consuming ESP. Baru je few weeks. Dia turut amin Bcomplex dan Alfalfa for resdung. :)


Slimming Set Shaklee

3B dalam Slimming Set Shaklee : Buang + Bakar Lemak + Bina Otot untuk kurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh yang menarik.

 1. BUANG dengan HerbLax

-Julap lembut yang diamalkan di hujung minggu untuk tujuan untuk mencuci usus dan membersihkan najis tersekat selain elok untuk proses detox. Herblax diambil sebelum tidur dan hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya keesokkan hari. Herb-Lax bertindak dalam masa 6jam selepas diambil .Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Ia juga mengempiskan perut.

2. BAKAR LEMAK dengan Lecithin

- Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Ia mengekalkan kandungan air dalam kulit dan mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak.Lecithin nie merupakan emulsifier yg kuat. Dia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil. Membantu pengaliran lemak. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

3. BINA OTOT dengan CINCH / ESP

- Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak gantikan CINCH SHAKE dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Istiqamah dengan konsep yang betul boleh menguruskan badan seperti menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. :)

Wednesday, January 2, 2013

Protein and skin

Kepentingan protein untuk kulit dan badan.Diet harian yang tidak menentu dengan kesibukan harian menyebabkan badan kita tidak mendapat protein yang secukupnya. ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee dapat membantu anda mendapatkan badan yang cergas dan kulit yang sihat, gebu dan cantik :) 

"To eat for skin healing, the Cleveland Clinic recommends eating at least two to three servings of lean proteins per day. This includes food sources like beef, fish, poultry, pork and veal. If you are a vegetarian, protein-based options still exist. Try foods like eggs, cheese, milk, yogurt, beans, peas, nuts and seeds. Another option is blending protein shakes like whey protein, a form of milk protein. You can blend this into shakes using water or skim milk. Incorporating these foods into your diet can give you the nutrients you need for repair."

Read more at the link attached.

Monday, December 31, 2012

Breastfeeding Set Shaklee


BREASTFEEDING SET Shaklee mengandungi VitaLea, Bcomplex, Alfalfa, ESP, Osteomatrix 
♥ Available in full set or trial set.

1. Vitalea - Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

2. B Complex - B Complex mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik. Ibu menyusu memerlukan vitamin B mengurangkan stress, untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga dan menghasilkan susu dgn baik. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Vitamin B juga membantu menjadikan muka lebih tidak kusam dan segar.

3. Alfalfa - Alfalfa ialah milk booster yang menggalakkan penghasilan susu. Alfalfa membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Juga membantu perkumuhan agar lebih lawas dan membuang angin dalam badan.Dengan ini, bayi susah nak kembung.Lagi byk ambil Alfalfa lagi byk kena minum air sebab ianya herba.

4. Energizing Soy Protein (ESP) - Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5. Osteomatrix - Mengganti semula kalsium dalam badan ibu setelah zat diberikan pada bayi. Kekurangan kalsium menyebabkan ibu menghadapi masalah pada gigi dan tulang,risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka cepat menampakkan garisan tua di hari tua.

Friday, December 28, 2012

Vitamin untuk keguguran rambut

Walaupun dah tukar macam2 jenis shampu dan sapu macam2 jenis minyak tapi rambut tetap gugur dan berkelemumur. Why not try taking supplement to start healing process from the core. Rawati masalah ni dgn ambil supplement yg boleh merawat dari dalam, so tak sia-sia kalau pakai shampu mahal dan berkualiti sebab masalah dalaman dah rawat. :)

First, kita tengok makanan yang mencegah keguguran rambut. (sumber)

1. Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2. Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5. Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

8. Kunyit dan jintan
Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Makanan yang disenaraikan ni kita makan dan minum tapi kenapa masih mengalami masalah keguguran rambut. Ini kerana ketidakseimbangan gizi makanan harian kita yang menyebabkan kekurangan vitamin yang diperlukan dari diet seharian kita. Tambah dengan cuaca dan tekanan hidup dan kerja, memang menyumbang pada masalah keguguran rambut.

Berita baik untuk semua, ada beberapa supplementary vitamins dari Shaklee yang boleh membantu merawat masalah ini. Apa fungsi setiap vitamin ini?



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Sebahagian besar rambut terdiri daripada protein.ESP penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat,bina sel n baiki sel,kulit maka secara tak langsung,kulit kepala akan menjadi sihat.

2. Zinc Complex
Zinc sangat penting dalam kesihatan rambut kerana sebahagian jumlah Zinc dalam badan anda berada di dalam folikel rambut. Zink  membantu menguatkan kutikel rambut. Zinc turut digunakan untuk pencernaan penglihatan, ingatan, bau dan rasa, dan lain-lain. Jika badan anda mempunyai kekurangan Zink, badan anda akan pertama sekali mengambil Zinc yang terdapat di folikel rambut untuk memastikan kelangsungan Zinc untuk proses biologi yang lebih penting. Selain itu, Zinc juga memainkan satu lagi peranan penting yang berkaitan dengan kehilangan rambut. Ia membantu mengawal hormon tertentu, dan terdapat kaitan penting antara hormon dan keguguran rambut. Kehadiran Zinc membantu untuk menstabilkan kedua-duanya dan menghalang rambut dari keguguran teruk.

3. B Complex
Vitamin B Complex amat membantu dalam masalah rambut gugur.B Complex yang diperlukan oleh badan ada 8 jenis dan 5 daripadanya adalah untuk rambut:
-Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.
-Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur
-Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban
-Vitamin B12(Sianokobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
- Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban

Saturday, December 22, 2012



Testimoni sendiri. Haha. Korek2 album lama and found this. Kim mmg ada masalah asthma + eczema. Dr cakap penyakit ni akan rotate. Bila asyik kena serang asthma, Kim takde kena eczema. Bila kulit gatal2, asthma takde pula. Camtu. So on and off lah kena eczema. Bila eczema dtg, jerawat akan tumbuh byk dan parut tamaw hilang.Dekat badan jgn cakap lah kan. Oh ya, buat org yg ada eczema ni, Kim nasihatkan pakai sabun Dove sahaja. Jangan pakai sabun lain. Dia lembut on skin, so reduce potential irritation. Macam2 pencuci muka dah cuba. Ubat cina yg tulisan cina pun Kim telan, sbb tak tahan gatal. Smpai bernanah pun ada. Bila nk upload gambar, mmg guna photoshop, edit buang parut. Haha. Now tayah edit2 dah. Kulit makin sihat. Kim constantly ambil Set Kecantikan + ESP + Alfalfa. Sebenarnya, niat Kim lebih kepada nak sihat. Tamaw dah kena serang asthma, eczema. Setakat ni Alhamdulillah, tak kena dah dua2 ni. Doa byk2 sgt pd Allah agar kesihatan lebih baik. Bila dalaman sihat, kulit luaran pun makin cantik. Tengok gambar dulu2, semua polka dot. Ada je tompok2 hitam bekas jerawat. Alhamdulillah, memang suka dan selesa sangat dengan Shaklee. I hope by selling Shaklee I can help others too. Kim faham sgt cemana stress masalah kulit. Allah nak uji kita dengan penyakit atau kesakitan. Kita kena sabar, ikhtiar dan berdoa padaNya. :)

Thursday, November 29, 2012

Energising Soy Protein (ESP)

This is one of the HOT SELLING Shaklee's product due to its marvelous effects on its consumers.

Energizing Soy Protein

ESP ialah protein soya yang sangat berkualiti. Pengambilan ESP adalah kunci untuk kesihatan optimum. Protein penting untuk kita kerana asid Amino membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50000 jenis protein, 20000 jenis enzim dan lain lain.Ianya bukan pil tapi serbuk untuk kita buat minuman shake. Sedap berperisa Natural Vanilla. Boleh minum sekali dgn milo, jus atau susu tambah buah/kacang/kurma. Sedaaaaappppppppp. Okay, cerita pun dah terliur. Hihi. Satu canister (bekas ESP ni) boleh tahan selama 1.5-2 bulan. Sehari maksimum 3 sudu besar. Cadangan pengambilan sekali minum 2 kali.

Kelebihan ESP (Energising Soy Protein) :

1. Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan glowing :)

2. Membantu dalam menghilangkan jerawat, parut dan stretchmarks.

3. Memberi kita tenaga selama berjam-jam, jadi kita kurang letih dan rasa fresh.

3. Menganjalkan kulit.

4. Membuat kita rasa kenyang dan ini membantu dalam pengurusan berat badan. 

5. Membantu menambahkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak.Selain itu,susu ibu akan menjadi lebih pekat dan berkrim.

6. Bagi ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.

7. Bagi yang ada masalah kesuburan, ESP membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
8. ESP turut menguatkan imunisasi badan.

9. ESP membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ini kerana kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang sama fungsinya dengan fungsi hormon wanita.

10. Genistein dalam kacang soya berupaya menghalang pertumbuhan radikal bebas dalam sel badan kita dan ini dapat mencegah kanser.

11. Menjaga kesihatan rahim dan ovari.

12. Memulihkan pigmentasi dengan melambatkan proses uban, merawat masalah rambut gugur dan jeragat.

13. ESP baik untuk menguatkan ingatan.