Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.

Tuesday, November 20, 2012

Vitamin E-Complex

Bismillah :)

Nak share tentang Vitamin E Shaklee malam ni. Ramai yang cari Vitamin C untuk putih walhal Vitamin E ni mmg lagi berkesan untuk memulihkan struktur kulit. Dan sebenarnya fungsi Vitamin E ni lagi banyakkkkkkk rupanya. 



Jangan lah fokus pada khasiat nak cantik dan putih sahaja, kecantikan dalaman pun sama pentingnya. :) 

1. Vitamin E sangat penting untuk kecantikan kerana ia dapat menghilangkan parut dan jeragat serta membantu mencerahkan kulit. Ia juga membantu melembabkan kulit dan mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit merekah.

2. Vitamin E ni memang dikenali sebagai satu antioksida yang sangat baik. Ia menghalang kehadiran radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas ni lah punca kepada pelbagai penyakit seperti kanser khususnya kanser prostate. 

3. Vitamin E dapat melambatkan proses penuaan pada kulit maka muka nampak muda sentiasa. Sebab? Sifatnya sebagai antioksida menghalang radikal bebas yang merosakkan sel, jadi kita nampak tua sebelum usia. 

4. Vitamin E membantu fungsi pembaikan DNA dan memberi perlindungan kepada sel-sel badan yang akan membantu kulit, jantung, otot dan sel merah agar dalam keadaan yang sihat.

5. Vitamin E membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Contohnya, bagi ibu mengandung yang mengalami masalah nipple crack. Vitamin E boleh mencerahkan bahagian puting yang menjadi gelap. Bagi yang menghadapi masalah stretch marks/regangan kulit, Vitamin E boleh mengurangkan masalah ini.

6. Vitamin E juga di kenali sebagai Vitamin Cinta disebabkan :
  • ia meningkatkan kesuburan wanita.
  • mengatasi masalah kedinginan seks atau low sex drive.

7. Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat PMS.

8. Vitamin E dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan dapat menghalang risiko penyakit Alzheimer.


Kim jual dalam bentuk botol dan juga loose bagi yang mahu mencuba dengan harga yang sangat murah. :) 

No comments:

Post a Comment