Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Product and Quantity
Postal Address
Comments and Questions

This online form was provided by Freedback.

Monday, January 21, 2013

Plain Water and Us.

Kepentingan air kosong pada badan:
1. untuk kesihatan usus dan mengelakkan sembelit
2. untuk otak yang sihat dan aktif. membolehkan anda lebih fokus.
3. melawan demam dan selsema.

 Berapa banyak air yang perlu:
1. Orang dewasa: 8 gelas sehari. (lebih jika bersenam, sakit, dan mengambil supplement)
2. Bayi : 2x ganda bilangan susu yang diminum dalam sehari.

Cara menjadikan pengambilan air kosong satu rutin:
1. Minum 2 gelas air apabila bangun pagi.
2. Minum 1 gelas air sebelum tidur.
3. Baki 5 gelas air ialah dalam jangka masa sepanjang hari.
4. Elakkan minum air berkaffein.
5. Elakkan air berperisa buah kerana ianya sebenarnya adalah sirap gula, perasa dan additives iaitu berbeza dengan jus buah-buahan.

Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah:
1. badan kita ditumbuhi ruam
2. tekak mudah rasa haus
 3. kulit wajah ditumbuhi jerawat halus
4. kulit menjadi kering dan gatal
5. kulit bibir kering
6. ulser mulut
7. mudah rasa nak demam.
8. sembelit

Air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri. Jangan lupa minum byk air jika mahu melihat kesan positif hasil dari pengambilan sumpplemet. Support your body okay. Kesian dia kerja kuat, tapi kita tak mahu bantu badan sendiri. :) 
sumber

Saturday, January 19, 2013

Saya pilih SHAKLEE! :)

Banyaknyaaaaaaaaaaaaa supplement yang berada di pasaran skrg. Confuse! Kim pilih Shaklee untuk diri dan keluarga kerana Shaklee telah bertapak dari tahun 1956 dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar. 

3 Sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee:

1. Always Safe 
  • Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
  •  Potensi yang dijamin - pengesahan dari pihak ketiga
  •  Keaslian dijamin - 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani 100% kepuasan dijamin 


2. Always Green 
  • Tiada perisa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan 
  • Tiada pewarna atau lemak trans 
  • Tiada suapan tersembunyi 
  • Tidak menjalani ujian terhadap haiwan 
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang 
  • Tidak mengandungi peluntur klorin


3. Always Works 
  • USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D) 
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan 
  • 60 orang saintis Shaklee 
  • 50 patents 
  • 50th Anniversary Landmark Studies menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang lebih baik dari mereka yang hanya mengambil multivitamin dan yang tidak mengambil supplement sama sekali. 
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji 
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga 
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee 
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa 
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee -Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

Friday, January 18, 2013

GLA Complex

Termasuk dalam set kesuburan dan period tidak teratur,juga untuk kecantikan kulit. Dpt merawat eczema dalam 6-9 bulan dan merawat masalah jerawat badan kerana puncanya adalah ketidakstabilan hormon. 
Sumber GLA
1. Minyak Primrose \
2. Blackcurrent
3. Minyak Borage

Khasiat GLA COMPLEX
1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
2. Membantu meningkatkan kesuburan
3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
4. Membantu dalam menangani menopous
5. Menguatkan kuku dan rambut
6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
7. Membantu menangani Ekzema
8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
10. Menguatkan Imuniti tubuh
11. Memperlahankan proses penuaan
12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
14. Mengawal kolestrol
15. Untuk fungsi saraf

Siapa yg perlukan GLA Complex
1. Diabetes
2. Period tidak teratur
3. Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)
4. Tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)

Siapa Tidak Perlu Supplement GLA
1. GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
2. Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Wednesday, January 16, 2013

Flawless skin with ESP

Alhamdulillah. A testimonial from my customer. Ramai puji kulit dia makin flawless after consuming ESP. Baru je few weeks. Dia turut amin Bcomplex dan Alfalfa for resdung. :)


Slimming Set Shaklee

3B dalam Slimming Set Shaklee : Buang + Bakar Lemak + Bina Otot untuk kurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh yang menarik.

 1. BUANG dengan HerbLax

-Julap lembut yang diamalkan di hujung minggu untuk tujuan untuk mencuci usus dan membersihkan najis tersekat selain elok untuk proses detox. Herblax diambil sebelum tidur dan hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya keesokkan hari. Herb-Lax bertindak dalam masa 6jam selepas diambil .Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Ia juga mengempiskan perut.

2. BAKAR LEMAK dengan Lecithin

- Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Ia mengekalkan kandungan air dalam kulit dan mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak.Lecithin nie merupakan emulsifier yg kuat. Dia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil. Membantu pengaliran lemak. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

3. BINA OTOT dengan CINCH / ESP

- Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak gantikan CINCH SHAKE dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Istiqamah dengan konsep yang betul boleh menguruskan badan seperti menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. :)

Wednesday, January 9, 2013

Pemakanan Tambahan & Vitamin di WHI


Hai semua.  Hari ini, WHI (Wanita Hari Ini) TV3 membawakan topik Pemakanan Tambahan & Vitamin dengan Anuar Zain sebagai tetamu jemputan. Interesting. Lelaki pun makan supplement okayy, tu Anuar Zain maintain hot stuff. hihi :p So, Kim nak berkongsi rumusan dari perbincangan WHI tadi :)  Bagi sesiapa yang ragu-ragu atau takut nak mulakan pengambilan supplement sebab tak diajar dari kecil, cubalah. Bantu diri anda untuk sihat dan cantik! <3


1. Rata-rata makanan yang kita makan sekarang ni dah disentuh racun/baja yang merosakkan kandungan nutrient makanan tersebut. Sebab tu kita perlukan supplement (makanan tambahan) untuk bantu badan kekal sihat.

2. Anuar Zain berumur 43 thn. Rahsia kesihatan dia adalah dengan mengambil supplement:Vitamin C,B complex,Calcium/Magnesium dan Fish Oil

3.  Isma, 28 tahun berjumpa doktor kerana cepat rasa penat. Dr sarankan pengambilan vitamin. Antara yang Isma ambil ialah EPO dan Vitamin C. (EPO dalam Shaklee adalah lebih special dengan nama GLA Complex.Vit C Shaklee mmg semua dah tahu kan sangat power. Hehe. )

4. Adila Kamaruzzaman yang mengambil supplement sejak umur 13 tahun. Tiada kesan negatif dirasai. Kesan baik ialah dia lebih bertenaga dalam seharian. Dia juga makan byk buah dan minum air yang banyak.

5.Kata doktor umur yang memerlukan pengambilan supplement bergantung pada individu. Jika gadis umur 15 tahun, ada masalah jerawat perlu Vitamin C dan Vitamin E. Jika tubuh mengalami masalah kesihatan pasti itu tanda kurang nya nutrisi utk tubuh berfungsi dengan baik.

6. Selepas umur 30-an fungsi hormon mula menurun sebab tu perlu support dengan supplement.

7. Untuk kanak-kanak sejak kecil lagi memerlukan seperti Fish Oil(OmegaGuard Shaklee) utk perkembangan otak mereka.

8. Kesan sampingan mengikut pengalaman doctor hanya dari literature sahaja dari segi actual belum pernah jumpa.

9. Dr yang jadi tetamu jemputan turut berkongsi bahawa Fish Oil boleh bantu immune sistem , meningkatkan penghasilan hormon prostaglandin yang menahan sakit.

p/s : Kim rasa beruntung sebab ibu memang dah dedahkan dengan supplement sejak dari kecil2. Ibu bagi Protein (nama lama ESP) , Vit C  dan Bcomplex Shaklee masa kecil2 dulu. Thanks Ibu. :)

Monday, January 7, 2013

Vitamins for Mommy


Ramai yang keliru tentang vitamin yang patut diambil semasa, sedang dan selepas mengandung. Di gambar ini, Kim ringkaskan vitamin Shaklee buat para Ibu untuk menjamin kesihatan sebelum dan selepas melahirkan bayi.

1. Vitalea - Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi ni mempunyai peranan dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Bukan sahaja luaran tapi juga luka dalaman, tidak kiralah bersalin normal atau caesarean. 

2. B Complex - B Complex mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik. Ibu menyusu memerlukan vitamin B mengurangkan stress, untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga dan menghasilkan susu dgn baik. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Vitamin B juga membantu menjadikan muka lebih tidak kusam dan segar. 

3. Alfalfa - Alfalfa ialah milk booster yang menggalakkan penghasilan susu. Alfalfa membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Juga membantu perkumuhan agar lebih lawas dan membuang angin dalam badan.Dengan ini, bayi susah nak kembung.Lagi byk ambil Alfalfa lagi byk kena minum air sebab ianya herba.

4. Energizing Soy Protein (ESP) - Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. 

5. Osteomatrix - Mengganti semula kalsium dalam badan ibu setelah zat diberikan pada bayi. Kekurangan kalsium menyebabkan ibu menghadapi masalah pada gigi dan tulang,risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka cepat menampakkan garisan tua di hari tua. 

6. Zinc Complex -Zinc berupaya mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh badan kita. Ia mempunyai kebolehan untuk menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya meransangkan sel. Ini juga menyebabkan zinc membantu dalam meningkatkan imun sistem dan masalah rambut gugur.Zinc juga turut membantu dalam pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya, membantu pembentukkan kalogen, mengekalkan fungsi insulin. 

7. Omegaguard- Omega 3 penting dalam perkembangan,pertumbuhan otak dan mata bayi. Untuk kesan jangka masa panjang, Omega 3 dapat melindungi anda dari sakit jantung dan arthritis. DHA yg terdapat dalam Omegaguard juga penting untuk otak, mata dan penglihatan bayi terutama sekali dalam trimester terakhir. Bagi ibu yang menyusu pula sangat digalakkan mengambil omega kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan secara langsung memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.

Thursday, January 3, 2013

5 Sebab Vitamin Anda Tidak Berkesan

5 SEBAB VITAMIN YANG ANDA MAKAN TIDAK BERKESAN 

1. Tak suka minum Air Putih
Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Pengambilan vitamin perlu disertai dengan meminum banyak air kosong supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

 2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Pastikan anda mengambil vitamin dengan berdisiplin mengikut masa yang paling sesuai iaitu berlainan bagi setiap vitamin. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 

 3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan caffeine dalam diet harian. 
Sebenarnya pengambilan caffeine boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang mempunyai caffeine yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan caffeine secara berterusan. 

5. Makan Vitamin Tanpa Imu Yang Betul
Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama. 

Contohnya:
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 
b)Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 
c)Alfalfa & Vitamin AntiOksida tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Untuk menampakkan kesan yang memuaskan, pengambilan vitamin perlulah dilakukan secara istiqamah selama 3 bulan. Berilah masa untuk badan anda menyesuaikan diri dan merawat dalaman dan luaran. Jangan gopoh mahu kesan yang cepat dan segera lalu membahayakan kesihatan anda dengan risiko dalam jangka masa panjang. Selamat sihat dan cantik dengan Shaklee :) InsyaAllah

Wednesday, January 2, 2013

Protein and skin

Kepentingan protein untuk kulit dan badan.Diet harian yang tidak menentu dengan kesibukan harian menyebabkan badan kita tidak mendapat protein yang secukupnya. ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee dapat membantu anda mendapatkan badan yang cergas dan kulit yang sihat, gebu dan cantik :) 

"To eat for skin healing, the Cleveland Clinic recommends eating at least two to three servings of lean proteins per day. This includes food sources like beef, fish, poultry, pork and veal. If you are a vegetarian, protein-based options still exist. Try foods like eggs, cheese, milk, yogurt, beans, peas, nuts and seeds. Another option is blending protein shakes like whey protein, a form of milk protein. You can blend this into shakes using water or skim milk. Incorporating these foods into your diet can give you the nutrients you need for repair."

Read more at the link attached.

Tuesday, January 1, 2013

Set Kanak-Kanak

BACK TO SCHOOL PROMOTION! 



Set Vitamin Kanak-kanak untuk memastikan mereka cergas dan cerdas ke sekolah dan lebih focus dalam aktiviti dan pembelajaran di dalam kelas. Pilih sahaja salah satu atau mana-mana yang anda inginkan untuk anak anda dan CONTACT ME FOR SPECIAL PRICE!

Mealshakes - Sarapan pagi penuh berkhasiat dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Membantu tumbesaran kanak-kanak, anti oksida yg melawan penyakit, mengandungi vitamin B lengkap untuk membina sel-sel darah merah sihat dan memberi kompleksi wajah yang cantik, kaya dengan serat larut untuk tujuan melawaskan pembuangan, lazat dan tidak mengandungi sebarang pewarna atau gula tiruan.

OmegaGuard-The best Fish Oil in the world. Mengandungi EPA,DHA dan ALA Membantu perkembangan otak, sistem saraf dan retina. Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran kpelajar. Turut meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru. Kajian membuktikan EPA dan DHA mampu menstbilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental.

Vita Lea for Kids (Chewable) -Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting.Sumber kalsium untuk pembinaan tulang.Baik untuk kesihatan.Sumber harian tambahan bagi vitamin B.

Chewable Vitamin C [RESTOCK MID JANUARY] - Menguatkan Fungsi Imunisasi.Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat.Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.